Thursday 20 March 2014

Persoalan.



20 Mac 2014.

Persoalan.

Terkadang --
terlalu banyak perkara yang difikir.

Sampai satu tahap ;
kau rasa macam malas nak fikir.

Sampai satu tahap ;
kau rasa macam --
"ah gi lantak ah, bukan ada orang kisah pun."

Sampai satu tahap ;
kau rasa macam futur.

Lemah.
Rebah.
Kebah.
Resah.

Pernah kau rasa?

Bilamana,
apa yang kau lakukan.
Semua serba serbi tak kena.

Hambar.

Pengakhirannya 
kau duduk dalam bilik.

Di suatu sudut.
Kau terduduk.

Sepi.
Kelam.

Yang kedengaran cuma,
esakan tangisan.

Penyesalan.

Persoalan
yang mana sampai kesudah tidak terungkai.
Menyeksa dijiwa.

Nak ditanya,
takut kecewa.

Nak ditanya,
nanti orang kata apa.

Akhirnya --
simpan dalam hati,
kau makan hati.

Takpa.

Bangkit semula.
ya?

Mungkin,
ada hikmah disebalik semua yang tersirat.
Yang bilamana,
para hambaNya sendiri terjerut dek hakikat.
Tidak terungkai.

Namun,
percayalah wahai hati.

"Setiap yang berlaku adalah kehendakNya."

Hikmah.
Kelak kan muncul.
Dari arah yang kita sendiri tidak sangka.

InsyaAllah.

Terkadang --
apa yang tidak diterangkan 
itu lebih baik dibiarkan sepi tanpa jawapan.

Kerana,
terkadang khuatir jawapan yang diberi
tidaklah sepertimana yang kita dambakan.

Sabarlah.

Senyum.

Janji Allah itu pasti,
insyaAllah dikau tidak terkecuali.

Untuk --
merasai nikmat kebahagiaan yang kau damba
selama ini.

Manusia merancang.
Namun, ingatlah ;
Allah SWT itu sebaik-baik perancang.

Dia Maha Mengetahui
apa yang terbaik untuk para hambaNya.

Cuma ;
cepat atau lambat.

Tunggu.

"Innallaha ma'ana."
[Sesungguhnya Allah bersama kita]

- RZ.

No comments:

Post a Comment