Monday 10 March 2014

Kuat Kerana Allah.


Sampai hati kau buat dia macam tu.
Kau memang tak pernah fikir pasal perasaan dia kan.
Dia senyum, dia gembira, dia kata dia takde apa apa. dia kata dia okey.
Tak. Dia tipu. Tipu semua tu.

Dia buat semua tu sebab dia dah malas, 
dia dah lali nak sedih, 
nak menangis, 
nak mengadu kat orang.
Sebab apa? 
Sebab bukan ada yang kisah pun.
Bila cerita nanti dikata lemah, lembik.
Baru diuji sikit, dah rebah.
Sebab tu dia malas.
Lebih baik dia pendam.

Takpun. 
Lebih baik dia luah pada Dia.
Pada Rabb, 
Dia tak pernah jemu. 
Dia tak pernah jauh. 
Dia sentiasa ada.
Menangislah sepuasnya.
Mengadulah sepuasnya.
Dia Maha Mengetahui.
Allah tahu kita mampu, sebab tu Dia uji.

Setiap dugaan mematangkan kita.
Mengajar kita menjadi manusia yang lebih sabar, kuat menghadapi ujianNya,
redha dengan setiap yang berlaku.
Semua tu ada hikmahnya.
Andai ganjarannya bukan di dunia, insyaAllah di akhirat nanti.
Whatever it is, 
husnudzon dengan Allah.
Kita kuat kan?
Ya. Kuat kerana Allah *senyum*

Jaga diri sayang sayang semua. Moga Allah redha.
-UA-

No comments:

Post a Comment