Sunday 2 March 2014

Fi hifzillah, orang jauh.

3 Mac 2014.

Pejam celik,
celik pejam --
kini telahpun berada di bulan Mac.

Masa
berlalu begitu pantas.
Meninggalkan segala kenangan lalu.

Melupakan ;
mungkin hanya sebahagian kisah.
Namun,
sebahagiannya disimpan rapi --
menjadi kenangan abadi.
Dalam hati.

************************************************************************



Fi hifzillah.

Meskipun,
jasad terpisah jauh.
Doa bertemu ditirai labuh.

"Kalau rindu, doalah."
"Kalau teringat dekat orang yang kita sayang, maka doakan untuk dia."

Pernah dengar?

Makanya,
aku memilih untuk mendoakan.
Moga dikau sentiasa dibawah perlindungan Yang Maha Penyayang.
Sentiasa.

Selagi hayat dikandung badan.
InsyaAllah.

Setelah itu --
aku tidak perlu lagi risau.

Sebab?

Aku yakin --
bahawa dimana jua kau berada,
walau dengan siapa,
sedang apa,
dikau sentiasa dibawah perlindunganNya.

Salam rindu.
Selamat malam, orang jauh.

- RZ.

No comments:

Post a Comment