Saturday 22 March 2014

Kini menjauh.

23 Mac 2014.

Hati ini merindu,
cuma lidahku kelu,
perbuatanku kaku,
tidak seperti dahulu.

Semuanya berubah.

Kalau dulu --
rindu terus terang.

Sekarang --
rindu simpan jadi pekasam.

"Kau bukan milik aku."

Kerap kali cubaku tenangkan hati.
Dengan sebaris ayat itu.
Meskipun,
terkadang tidak membantu.

Tidak menghalang aku --
untuk terus merindu.

Takpalah,
janji kau bahagia.
Janji dikau tidak bersedih lagi.

Aku jua turut bahagia diatas kebahagiaan dikau,
wahai kesayangan hati suatu ketika dulu.
Selamanya.

Doakan saya, ya Am?
Maafkan saya.

Kelak,
saya sambung belajar.
Tempuh dunia luar.
Pelbagai ragam manusia yang keluar.

Doakan saya, agar ;
tabah dalam mengharungi kehidupan baru.
Cekal dalam suasana hidup yang berbeza.

Salam rindu,
RZ.




No comments:

Post a Comment