Saturday 22 March 2014

Kini menjauh.

23 Mac 2014.

Hati ini merindu,
cuma lidahku kelu,
perbuatanku kaku,
tidak seperti dahulu.

Semuanya berubah.

Kalau dulu --
rindu terus terang.

Sekarang --
rindu simpan jadi pekasam.

"Kau bukan milik aku."

Kerap kali cubaku tenangkan hati.
Dengan sebaris ayat itu.
Meskipun,
terkadang tidak membantu.

Tidak menghalang aku --
untuk terus merindu.

Takpalah,
janji kau bahagia.
Janji dikau tidak bersedih lagi.

Aku jua turut bahagia diatas kebahagiaan dikau,
wahai kesayangan hati suatu ketika dulu.
Selamanya.

Doakan saya, ya Am?
Maafkan saya.

Kelak,
saya sambung belajar.
Tempuh dunia luar.
Pelbagai ragam manusia yang keluar.

Doakan saya, agar ;
tabah dalam mengharungi kehidupan baru.
Cekal dalam suasana hidup yang berbeza.

Salam rindu,
RZ.




Diam.

22 Mac 2014.

Aku diam,
bukan bererti aku tak lihat.

Aku diam,
bukan bererti tulinya telinga.

Aku diam,
bukan bererti bisunya mulut.

Cuma,
terkadang --
diam itu lebih baik.

Diam aku,
mengundang 1001 makna.
Hingga,
terkadang sukar untuk ditafsir.

Malas.
Nak ambil tahu.

Kalau --
kau bisa tawar hati,
mengapa bukan aku?

Takpa.

Dia kan ada.
Allah SWT itu Maha Adil, bro.

Makanya,
Aku harus bersabar.

"La tahzan, innallaha ma'assobirin."
[Usah bersedih, sesungguhnya Allah bersama-sama dengan hambaNya yang sabar]

Senyum.

- RZ.

Sahabat.



"Weh.." 

"Apa?" Sapaan Marwa menyedarkan Faiqah dari lamunannya.

Suasana sepi seketika. Kedengaran bunyi deruan angin sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut ke wajah mereka. Nyaman. Alhamdulillah atas nikmatMu, ya Rabb.

"Kau...sayang aku tak?" Marwa yang sedari tadi cuma mendiamkan diri mengajukan soalan buat sahabatnya di sebelah.

"Haha apa kau merepek ni Marwa sayang oi? Kata sa-ha-bat, mestilah aku sayang kau. Kenapa ni?" Faiqah sengaja menekan perkataan "sahabat" pada Marwa. Baginya, Marwa adalah seorang sahabat yang baik. Setia ada disisi bilamana tiada siapa yang sudi menemani.

Faiqah menunduk ke arah tanah. Kakinya menguis rumput yang kian memanjang. 

"Takda apalah. Aku tanya je."

Keadaan kembali sepi. Masing-masing melayani perasaan sendiri. Mengenang akan nasib diri.

"Faiqah.."

"Ya Marwa sayang intan payung?" dia berpaling muka ke arah teman disebelahnya. Sebaris senyuman dihadiahkan pada sahabatnya itu. Cantik! desis hati Marwa.

"Hm, boleh tolong aku tak?"

"InsyAllah. Selagi aku mampu, aku akan cuba untuk tolong apa yang terdaya. Tolong apa?"

"...hm, tolong bimbing aku ke jalan yang diredhaiNya?" Marwa mengajukan soalan dengan teragak-agak. Khuatir akan reaksi sahabatnya disebelah. Ah lantaklah, demi kebaikan aku juga. Marwa bermonolog sendirian didalam hatinya.

"Lah...aku ingatkan apalah tadi. Kemain serious gila muka kau. Haha. Buat cuak ah. InsyaAllah, kawan. Selagi hayat dikandung badan, kita sesama perbaiki diri, ya? Step by step. Chaiyok! hehe." Faiqah memberi kata semangat. Dia memeluk erat sahabatnya. Happynya tak terkata malam ni.

Mereka berbalas senyuman. Alhamdulillah, ya Rabb. Atas rahmatMu, Engkau telah membuka pintu hatinya supaya lebih mendekatiMu.

Faiqah tidak berhenti mengucap kata syukur ke hadrat Ilahi atas perubahan positif sahabat baiknya.

Ya Rabb, Engkau tetapkanlah hati kami pada agamaMu & janganlah Engkau membolak-balik hati kami berpaling dari agamaMu. Moga persahabatan kami jua dikekalkan hingga ke syurgaMu, ya Rabb. Aamiin.


- RZ.


Thursday 20 March 2014

Suatu Penyesalan

Sedih
Dan sedih
Dan sedih lagi

Itulah ucapan yang mampu
Aku ungkapkan
Apabila keputusan 
Berada di tangan sendiri

Mereka nampak seperti
Aku redha
Aku gembira
Tapi sebaliknya.
Jauh di sudut hati ini
Banyak tersimpan rasa menyesal
Rasa sedih

Andai ini ujian dariMu
Mengapa begitu besar ya Allah?
Terlalu banyakkah dosaku?
Sampai aku dihukum sebegini?

Ibu
Abah
Andai dapat ku putarkan masa
Akan ku usaha lebih gigih lagi
Tapi apakan daya
Sudah suratan takdir bagiku.

Riak muka Abah
Memberi makna
Dia begitu kecewa sekali 
Dengan keputusan ku.

Kini hubungan antara
Abah dan Aku 
Makin renggang.

Kata terakhirku
AKU MENYESAL.

Persoalan.



20 Mac 2014.

Persoalan.

Terkadang --
terlalu banyak perkara yang difikir.

Sampai satu tahap ;
kau rasa macam malas nak fikir.

Sampai satu tahap ;
kau rasa macam --
"ah gi lantak ah, bukan ada orang kisah pun."

Sampai satu tahap ;
kau rasa macam futur.

Lemah.
Rebah.
Kebah.
Resah.

Pernah kau rasa?

Bilamana,
apa yang kau lakukan.
Semua serba serbi tak kena.

Hambar.

Pengakhirannya 
kau duduk dalam bilik.

Di suatu sudut.
Kau terduduk.

Sepi.
Kelam.

Yang kedengaran cuma,
esakan tangisan.

Penyesalan.

Persoalan
yang mana sampai kesudah tidak terungkai.
Menyeksa dijiwa.

Nak ditanya,
takut kecewa.

Nak ditanya,
nanti orang kata apa.

Akhirnya --
simpan dalam hati,
kau makan hati.

Takpa.

Bangkit semula.
ya?

Mungkin,
ada hikmah disebalik semua yang tersirat.
Yang bilamana,
para hambaNya sendiri terjerut dek hakikat.
Tidak terungkai.

Namun,
percayalah wahai hati.

"Setiap yang berlaku adalah kehendakNya."

Hikmah.
Kelak kan muncul.
Dari arah yang kita sendiri tidak sangka.

InsyaAllah.

Terkadang --
apa yang tidak diterangkan 
itu lebih baik dibiarkan sepi tanpa jawapan.

Kerana,
terkadang khuatir jawapan yang diberi
tidaklah sepertimana yang kita dambakan.

Sabarlah.

Senyum.

Janji Allah itu pasti,
insyaAllah dikau tidak terkecuali.

Untuk --
merasai nikmat kebahagiaan yang kau damba
selama ini.

Manusia merancang.
Namun, ingatlah ;
Allah SWT itu sebaik-baik perancang.

Dia Maha Mengetahui
apa yang terbaik untuk para hambaNya.

Cuma ;
cepat atau lambat.

Tunggu.

"Innallaha ma'ana."
[Sesungguhnya Allah bersama kita]

- RZ.

Someday.





20th of March 2014.


Someday,
you may forget about me.

---

My name,
my voice,
who am i was to you.

But,
even if you still totally forget
about me.

I just want you ;
to know that --

I will never forget.

I will never forget a single thing,
about you and everything we went through.

Thanks.

For the memories we had ;
either it is good or vice versa.

May happiness & suceed belongs to you.
Fidunya wa akhirat. Forever.

-RZ.

Friday 14 March 2014

KENANGAN!!!!

Sorry lah aku buat blog ni macam diary aku tapi aku kesah apa. hahahah....Woi, aku dapat PLKN woi...hadoi..spoil kan mood bercuti aku je PLKN ni tau tapi takpa, at least aku ada pre experience untuk hidup tanpa parents aku....sobs...hurm...nanti memasing life dah berubah...masing2 buat hal masing2...sekarang ni aku tengok our friend, "H" macam dah berubah...aku takut sangat nanti bila dah masuk U aku berubah, korang pun berubah. Nauzubillah....hope kita still same okay walau apapun terjadi...saling remind antara satu sama lain. Lahai...sedih pulak aku tetiba...hurm..tapi serious nanti automatically life kita akan berubah paling tak pun 1%....anyway...thanks bagi kenangan yang sangat terindah dalam life aku...thanks a lot guysss....and lagi satu, juju and ummi must have whatsapp...please...senang nak gosip...cewahhh...hahaha...ehh...tetiba teringat pulak pasal result spm yang semakin hampir ni...WOI, CUAK WOI, TAU TAK??!!!!...hahaha....aku doakan kita semua dapat results yang flying colors....aamiin...insyaAllah...korang pun jangan lupa doakan aku ye.....huhuhu....korangg...tak jadi ke nak buat t-shirt or anything else untuk group kita?...kenangan kot...one day..we'll do it...yeahh!!! kenangan paling tak boleh bla bila aku dengan juju boleh pulak sesat dekat mid valley haritu..hahah...kena ada google maps...I'LL MISS YOU GUYSSS!!!!!! INGAT AKU PUNYA TRADEMARK "TAK MATANG"....jangan marah eh fifi...huhuhu.....rindu nak sleep over rumah dib lagi....aku harap kita boleh sleep over for the last time kat rumah dib...itupun kalau sempat.
okay guyysss...okie dokie

-NZ-

Onlineee Shop!!!!

Tak tau nak cerita apa u ols..huhuhu~~ my dad suggest bila dah masuk U nanti buat bisnes online...waahhh...tetiba berminat pulak aku. hehehe....kalau aku dah ada bisnes nanti, hope korang support sekali tau. Let's talk about my new bawal shiffon. Selesa sangat sangat. Sis yang jual ni peramah sangat. Huhuhu....at the same time boleh mintak kita nak besar mana. Aku beli tudung bawal shiffon bidang 65 which is 60 x 60 inci. Harga a little bit mahal tapi boleh deal. Aku beli RM45. corak terkini(rama2, ribbon, love)...cewahh...promote pulak aku..ngeh ngeh....Siapa nak, aku boleh tolong belikan. huhuhu.....tu jela kot story yang aku nak cakap. And lagi satu, aku teringin sangat nak beli monopod dengan clip lens tapi duit tarak cukup...hurm...ada bro ni jual monopod RM45 je and clip lens satu set RM48 je...aku paling minat lens sebab ada 5 jenis lens dalam satu set. LOL...aku dah ketagih shop onlinee...gi mana ni dong. Kalau aku ada acc bank sendiri, dah lama aku beli. Sebab guna my dad punya....hurmm -__-......sampai sini je. okie dokie....

-NZ-

Wednesday 12 March 2014

Lafaz janji.


12 Mac 2014.

Dulu,
kau ucap kata sayang,
hanya aku seorang.

Berjanji sumpah setia,
namun kau mungkiri ia.

Tiada guna.

Berharap lagi,
disaat kau kata sayang pada ia.

Ingatlah --
terkadang lafaz yang dijanji,
tidak akan termeterai tanpa izin Ilahi.

Meskipun,
berjuta kali kau lafaz kata setia,
tak menjamin kau akan setia.
Selamanya.

Ingatlah --
Hati manusia itu "dipegang" oleh 
Sang Maha Pencipta.

Meskipun,
dikau cuba sedaya upaya
untuk terus ada buat ia.
Tak menjamin,
hari esok dikau masih ada.

Kerana --
pada akhirnya ;
yang setia itu cuma Dia.
Allah Azza Wa Jala.

Ya.

Cuma,
aku jua manusia biasa.
HambaNya yang kerdil lagi hina.

Terkadang --
tanpa sedar aku melafaz kata janji.
Yang pada akhirnya,
aku mungkiri.

Aasif jiddan.

Maafkan,
andai terkasar bahasa.
Yakni,
tanpa aku sedari,
membuatkan dikau berkecil hati.

Cuma,
satu yang dipinta ;

Berjanjilah --
bahawa dikau tidak akan melupakan
segala kenangan.
Yang mana,
kita ukir bersama.
Meskipun,
terkadang pahit bak hempedu.
Telan.
Meskipun,
terkadang manis bak madu.
Telan.

Walakin begitu,
terima kasih.
Atas hadir dirimu,
dalam mewarnai kehidupan ini.

Suatu ketika dulu.

Senyumlah wahai hati,
kerana semua ini terjadi atas izin Ilahi.

Awak,
terima kasih.
Atas segala suka dan duka.
Berkongsi kasih.
Berkongsi cerita.
Berkongsi kredit.
Berkongsi pendapat.
Berkongsi perasaan.

Erk.

Terima kasih atas segalanya,
halalkan semuanya.
Ya?

Mungkin,
pada bibir mengatakan --
aku merelakan pemergian.

Namun,
terkadang hati bercanggah.
Menegah.

Kembali pada hakikat.
andai benar dikau milikku,
janji Allah SWT itu pasti.
Tidak perlu ku khuatiri.

Andai,
bukan jodoh.
Maka,
berkawan itu adalah yang terbaik.
Redhalah wahai hati.

Dunia luar,
belum kau tempuh.
Pelbagai ragam manusia,
belum kau temui.

Biarkan "rasa" itu ;
menjadi rahsia antara aku & Dia.
Setia merindui,
bertemu dalam doa pada Ilahi.

Moga,
sentiasa dibawah perlindunganNya.

"I only stop loving you, when the time Allah take that love away from me."
- anon.

Salam kasih sayang,
RZ.

Tuesday 11 March 2014

Warkah rindu.

10 Mac 2014.



"Bila kelak aku pergi, tiada lagi jasad disisi.
Akan rindukah dikau padaku?"

"Eh, mestilah rindu." 

Terkadang --
hati tertanya,
jiwa dilanda tanda tanya.

"Ada ke orang nak rindu aku bilamana kelak aku pergi?"
Pergi jauh.
Jauh dari sini.
Jauh dari yang dikenali.

Kelak aku kan pergi.
Mengapa masih tidak mengerti?
Hati kata pergi.
Jasad terkaku besi.

Terkadang --
hati merindu,
cuma tidak pasti pada siapa.

Terkadang --
manusia sering lupa.
Leka.
Alpa.

Pada ;
orang-orang yang sering ada disisinya,
diwaktu suka mahupun duka.
diwaktu dikau runsing mahupun gembira.

Hingga
tibanya suatu saat nanti.

"Orang-orang" itu pergi.
Selamanya.

Fikir sejenak,
bila dikau runsing gelisah dek dugaan yang menimpa,
dia sentiasa ada.
Memberi kata semangat.
Menyuntik semangat.

TAPI.

Saya ulang.

TAPI.

Bilamana dia perlukan seseorang disisi,
kemanakah dikau pergi?
Tepuk dada, jawab pakai hati.
Usah berjanji andai tidak bisa direalisasi.

Bukan ;
niat untuk mengungkit.
Jauh sekali untuk mengaibkan.

Cuma,
terkadang dalam diam "orang-"orang" itu terkilan.
dia simpan.
dia pendam.

Pernah dikau kisah?
tidak.

Pernah dikau tanya?
tidak.

Andai --
kelak pemergiannya tanpa sempat
ucap kata selamat,
mohon diampunkan

Usah ditangisi.
Usah diratapi.
Usah dirindui.

Andai,
pemergiannya yang dikau pinta dulu.
Andai,
pemergiannya bisa buat dikau bahagia.

Senyumlah wahai hati.
Tiada guna lagi.
Dikau menyesali.

Doakannya.
Kebahagiaannya.
Kesejahteraannya.

Dalam,
kejauhan terpisah dek jarak dan masa.
Doa menyatukan dua jiwa.

Warkah rindu,
pena menulis hati berbicara.
Tinta tiada siapa menduga.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Aasif jiddan,
fi hifzillah.

Salam rindu,
RZ.

Monday 10 March 2014

Kuat Kerana Allah.


Sampai hati kau buat dia macam tu.
Kau memang tak pernah fikir pasal perasaan dia kan.
Dia senyum, dia gembira, dia kata dia takde apa apa. dia kata dia okey.
Tak. Dia tipu. Tipu semua tu.

Dia buat semua tu sebab dia dah malas, 
dia dah lali nak sedih, 
nak menangis, 
nak mengadu kat orang.
Sebab apa? 
Sebab bukan ada yang kisah pun.
Bila cerita nanti dikata lemah, lembik.
Baru diuji sikit, dah rebah.
Sebab tu dia malas.
Lebih baik dia pendam.

Takpun. 
Lebih baik dia luah pada Dia.
Pada Rabb, 
Dia tak pernah jemu. 
Dia tak pernah jauh. 
Dia sentiasa ada.
Menangislah sepuasnya.
Mengadulah sepuasnya.
Dia Maha Mengetahui.
Allah tahu kita mampu, sebab tu Dia uji.

Setiap dugaan mematangkan kita.
Mengajar kita menjadi manusia yang lebih sabar, kuat menghadapi ujianNya,
redha dengan setiap yang berlaku.
Semua tu ada hikmahnya.
Andai ganjarannya bukan di dunia, insyaAllah di akhirat nanti.
Whatever it is, 
husnudzon dengan Allah.
Kita kuat kan?
Ya. Kuat kerana Allah *senyum*

Jaga diri sayang sayang semua. Moga Allah redha.
-UA-

Friday 7 March 2014

MARAH. MAAF. LUPA.


"Fifi. Marah la dia. Kau ni diam je."

"Akak. Nak tengok akak marah pleasee."

"Weh. Cuba la garang sikit dengan dia. Kau ni lembut sangat."

Haihh. Elok elok aku tak marah, orang lain dok sibuk nak tengok aku marah, suruh aku marah. Bakpe nya wehhh. Marah kan amalan syaitan. Cukuplah syaitan yang ada. Kita takyah ngengada nak tambah bilangan diorang. Eh boleh ke guna 'diorang'? Tak kisah la *buat muka annoying*

Entah la. Aku ni memang tak reti nak marah orang. Marah tu ada tapi tak lama. Rasa bersalah nak marah orang lama lama. Besar mana pun salah orang tu, aku akan marah kejap je. Yeahh, memula tu memang la marah gila kan. Gila ke apa tak marah bila orang dah buat salah kat kita. Tapi aku, memula je lah. Esoknya dah kurang dah marah tu tapi muka still buat buat marah lagi. Haha *sila gelak ye*

Okay. Habis cerita pasal marah. Orang bila dah buat salah, mesti dia mintak maaf kan? Yup. Tanya, jawab sendiri. Sukati lah -,- Aku pernah jumpa orang yg dah buat salah tapi tak reti2 nak mintak maaf. Tunggu punya tunggu punya tunggu, at last dia mintak maaf gak. Okay. Maafkan je lah kan. 

Kalau nak mintak maaf dengan aku, mintak sekali je. Please. Jangan mintak maaf banyak kali. Bukan muak nak dengar kata maaf tu tapi aku rasa bersalah kalau dengar orang mintak maaf banyak kali. Orang tu sanggup turunkan sikit ego dia utk mintak maaf kat kita, appreciate la. Jangan buat b***h je. Tapi make sure la maaf kau tu ikhlas. Pastu jangan mengada nak ulang balik salah tu. Memang mintak kaki free la kan. 

Marah dah. Maaf dah. Okay last, lupa. Kau buat salah, aku marah, kau mintak maaf, aku maafkan tapi jangan ingat aku lupa. Tak. Kau silap. Aku ingat. Sentiasa ingat. Tak pernah lupa. Sikit pun tak. *macam kejam sangat je* tak. Bukan kejam. Cuma berhati hati. Lepas ni kalau kena balik, takde la sakit sangat kan :)

#notatapakkaki- Fuhh, first time berblogging. Sorry k sebab aku rasa aku macam batak sikit. Haha :p

Okay. Mari kita akhiri post aku yg julung kalinya ni dengan tasbih kifarah dan surah al-'Asr *baca dalam hati*

Maafkan semua salah silap. Fi hifzillah sayang sayang semua.
-UA-

Thursday 6 March 2014

Ku biar kalam berbicara.


6 Mac 2014.

Awak,
kelak saya akan pergi.
Menghitung hari.
Menunggu tibanya hari.

Namun --
hingga kini,
dikau masih tidak ketahui.
Masihkah kau peduli?

Andai --
saya tiada disini,
masihkah awak ingat pada saya?
masih ada doa yang dititip?

Biar
masa yang menentukan.
Biar
detik pantas berlalu meninggalkan.

Terlalu banyak,
luahan yang ingin dikongsi bersama.
Seperti hari-hari dulu
tatkala suka dan duka bersama.

Rindu pada kenangan.

Awak,
kelak bilamana kita buat haluan masing-masing,
moga awak tak lupa saya.

Meskipun,
hanya sekali terdetik didalam hati.

Melupakan awak
bukan semudah perkara yang bisa
dibayangi insan lain.

Sakit.
Teramat sakit.

But,
at the end of the day.
I smile.
It doesnt mean that I've forget you.
But,
i have to.

Let you go.
even when my heart still loving you.

Awak, awak dan awak.
Andai kelak saya tiada disisi.

Jaga diri.
Jaga hati.
Jaga pemakanan.
Jaga iman.

Jadi anak yang berguna buat ibubapa.
Jadi hambaNya yang sentiasa bersyukur & sabar dalam apa jua.
Jadi kawan yang sering mendoakan meskipun terpisah jauh.

Fi hifzillah semua.
Qawiy lillahi ta'ala.

Kenang daku dalam doa.
Aasif jiddan.


Wednesday 5 March 2014

Shabatku Dunia Akhirat!!!

Hari ni bangun bangun je, ada orang dm cakap yang penempatan plkn dah keluar. Time tu rasa excited ada, rasa sedih pun ada jugak. Finally dapat kat Kuala Kubu Bharu je. Tak lah jauh sangat. Tiba tiba menagis sebab aku tak pernah hidup sorang sorang kat luar, jauh dari parents, jauh dari kawan...memang time tu air mata membasahi pipi lah kata orang. Hurmmm, sebak kot. Aku harap masing masing tak lupa ukhuwah yang pernah terjalin ni walaupun nanti kita dah ada life sendiri even kita dah kahwin sekali pon. Seriously, korang lah sahabat aku dunia akhirat. Walaupun kelak nanti kita berjauhan, still boleh contact kan? DM kan ada...and lagi satu, aku harap semua ada whatsapp....senang kita nak contact. Aku pernah mimpi kita melancong sama sama...andai mimpi itu betul betul berlaku kan bahagia....berangan je lebih aku ni. Hahaha....
Ukhuwah Fillah Till Jannah!!!!

Tuesday 4 March 2014

Dia Yang Aku Cinta

Untuk pertama kalinya, pintu hatiku telah diketuk oleh seorang jejaka yang tidak dikenali pada mulanya. Senang cerita "Cinta Pandang Pertama". Senyumannya membuatkan aku bahagia. Bukan nak kata apa tapi dia macam "suka" kat aku jugak. Maybe. Siapa yang tahu kan? Kata orang, crush sama crush. Aku selalu berdoa pada Yang Esa agar kelak aku dipertemukan dengan ikatan yang halal. InsyaAllah. Who knows right? Tapi dalam masa yang sama aku takut, takut jika cintaku ini ditolak. Aku gelar si dia " Capital H". Sebab nama dia start dari H tapi taknak bagitau siapa nama dia, yang penting bukan Hadi. Belum sampai masanya lagi. Haritu try nak snap gambar dia tapi takda rezeki. Hanya dapat tangkap gambar kereta je. Okay la daripada takda. Ye dok? Sebenarnya dia bukannya taste aku tapi tak tau la tiba tiba bila terserempak tu, jantung aku berdegup laju. Hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan aku time tu. Ada satu hari tu, dia tengah duduk dekat tempat rak kasut sambil minum. Bila aku lalu je, dia berhenti minum, bangun dan senyum kat aku. Aku tak tau lah apa motif dia buat macam tu. Time tu aku rasa pelik dan happy sangat sangat. Aku taknak harapkan apa-apa dari dia. Dia pun tak bagi apa-apa harapan dekat aku. Bulan 3 ni aku dah mula risau, risau sebab result SPM nak keluar satu, risau sebab tak dapat jumpa dia lagi ye jugak. Aku try pujuk hati aku, kalau ada rezeki nanti jumpa lah. Bak kata orang, "kalau dah jodoh tak kemana". Sampai di sini sahaja tapi sebenarnya banyak lagi story cuma kena tunggu waktu aku rajin nak menaip.

Semoga ukhuwah yang terjalin kekal hingga Jannatul Firdaus. InsyaAllah.
Wasalam.
-QI-

Sunday 2 March 2014

Fi hifzillah, orang jauh.

3 Mac 2014.

Pejam celik,
celik pejam --
kini telahpun berada di bulan Mac.

Masa
berlalu begitu pantas.
Meninggalkan segala kenangan lalu.

Melupakan ;
mungkin hanya sebahagian kisah.
Namun,
sebahagiannya disimpan rapi --
menjadi kenangan abadi.
Dalam hati.

************************************************************************



Fi hifzillah.

Meskipun,
jasad terpisah jauh.
Doa bertemu ditirai labuh.

"Kalau rindu, doalah."
"Kalau teringat dekat orang yang kita sayang, maka doakan untuk dia."

Pernah dengar?

Makanya,
aku memilih untuk mendoakan.
Moga dikau sentiasa dibawah perlindungan Yang Maha Penyayang.
Sentiasa.

Selagi hayat dikandung badan.
InsyaAllah.

Setelah itu --
aku tidak perlu lagi risau.

Sebab?

Aku yakin --
bahawa dimana jua kau berada,
walau dengan siapa,
sedang apa,
dikau sentiasa dibawah perlindunganNya.

Salam rindu.
Selamat malam, orang jauh.

- RZ.