Friday 7 March 2014

MARAH. MAAF. LUPA.


"Fifi. Marah la dia. Kau ni diam je."

"Akak. Nak tengok akak marah pleasee."

"Weh. Cuba la garang sikit dengan dia. Kau ni lembut sangat."

Haihh. Elok elok aku tak marah, orang lain dok sibuk nak tengok aku marah, suruh aku marah. Bakpe nya wehhh. Marah kan amalan syaitan. Cukuplah syaitan yang ada. Kita takyah ngengada nak tambah bilangan diorang. Eh boleh ke guna 'diorang'? Tak kisah la *buat muka annoying*

Entah la. Aku ni memang tak reti nak marah orang. Marah tu ada tapi tak lama. Rasa bersalah nak marah orang lama lama. Besar mana pun salah orang tu, aku akan marah kejap je. Yeahh, memula tu memang la marah gila kan. Gila ke apa tak marah bila orang dah buat salah kat kita. Tapi aku, memula je lah. Esoknya dah kurang dah marah tu tapi muka still buat buat marah lagi. Haha *sila gelak ye*

Okay. Habis cerita pasal marah. Orang bila dah buat salah, mesti dia mintak maaf kan? Yup. Tanya, jawab sendiri. Sukati lah -,- Aku pernah jumpa orang yg dah buat salah tapi tak reti2 nak mintak maaf. Tunggu punya tunggu punya tunggu, at last dia mintak maaf gak. Okay. Maafkan je lah kan. 

Kalau nak mintak maaf dengan aku, mintak sekali je. Please. Jangan mintak maaf banyak kali. Bukan muak nak dengar kata maaf tu tapi aku rasa bersalah kalau dengar orang mintak maaf banyak kali. Orang tu sanggup turunkan sikit ego dia utk mintak maaf kat kita, appreciate la. Jangan buat b***h je. Tapi make sure la maaf kau tu ikhlas. Pastu jangan mengada nak ulang balik salah tu. Memang mintak kaki free la kan. 

Marah dah. Maaf dah. Okay last, lupa. Kau buat salah, aku marah, kau mintak maaf, aku maafkan tapi jangan ingat aku lupa. Tak. Kau silap. Aku ingat. Sentiasa ingat. Tak pernah lupa. Sikit pun tak. *macam kejam sangat je* tak. Bukan kejam. Cuma berhati hati. Lepas ni kalau kena balik, takde la sakit sangat kan :)

#notatapakkaki- Fuhh, first time berblogging. Sorry k sebab aku rasa aku macam batak sikit. Haha :p

Okay. Mari kita akhiri post aku yg julung kalinya ni dengan tasbih kifarah dan surah al-'Asr *baca dalam hati*

Maafkan semua salah silap. Fi hifzillah sayang sayang semua.
-UA-

No comments:

Post a Comment