Tuesday 4 March 2014

Dia Yang Aku Cinta

Untuk pertama kalinya, pintu hatiku telah diketuk oleh seorang jejaka yang tidak dikenali pada mulanya. Senang cerita "Cinta Pandang Pertama". Senyumannya membuatkan aku bahagia. Bukan nak kata apa tapi dia macam "suka" kat aku jugak. Maybe. Siapa yang tahu kan? Kata orang, crush sama crush. Aku selalu berdoa pada Yang Esa agar kelak aku dipertemukan dengan ikatan yang halal. InsyaAllah. Who knows right? Tapi dalam masa yang sama aku takut, takut jika cintaku ini ditolak. Aku gelar si dia " Capital H". Sebab nama dia start dari H tapi taknak bagitau siapa nama dia, yang penting bukan Hadi. Belum sampai masanya lagi. Haritu try nak snap gambar dia tapi takda rezeki. Hanya dapat tangkap gambar kereta je. Okay la daripada takda. Ye dok? Sebenarnya dia bukannya taste aku tapi tak tau la tiba tiba bila terserempak tu, jantung aku berdegup laju. Hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan aku time tu. Ada satu hari tu, dia tengah duduk dekat tempat rak kasut sambil minum. Bila aku lalu je, dia berhenti minum, bangun dan senyum kat aku. Aku tak tau lah apa motif dia buat macam tu. Time tu aku rasa pelik dan happy sangat sangat. Aku taknak harapkan apa-apa dari dia. Dia pun tak bagi apa-apa harapan dekat aku. Bulan 3 ni aku dah mula risau, risau sebab result SPM nak keluar satu, risau sebab tak dapat jumpa dia lagi ye jugak. Aku try pujuk hati aku, kalau ada rezeki nanti jumpa lah. Bak kata orang, "kalau dah jodoh tak kemana". Sampai di sini sahaja tapi sebenarnya banyak lagi story cuma kena tunggu waktu aku rajin nak menaip.

Semoga ukhuwah yang terjalin kekal hingga Jannatul Firdaus. InsyaAllah.
Wasalam.
-QI-

No comments:

Post a Comment